BINTANGOR : Rumah panjang Mansur Ak Danum telah diranap api di telok batu, bintangor. rumah sepanjang 9 pintu ini telah terbakar pada 4 Julai 2015 pukul 3.22 petang.
0 Comments
Gambar di atas : Laman web isu semasa sarawak Setelah dikemaskini beberapa hari, kini laman web isu semasa sarawak berwajah baru dan lebih mesra pengguna. Laman ISSWAK kini lebih mudah dilayari dan lebih kemas dari sebelumnya. Laman ini telah ditubuhkan pada Disember 2013 untuk memudahkan para pentadbir menyebarkan isu semasa yang terdapat di Sarawak.
Dengan proses kemaskini yang dijalankan pada lewat malam Jumaat ( 3 Julai 2015 ), laman ini telah melancarkan beberapa laman blog iaitu, Berita ISSWAK, Niaga ISSWAK dan ISSWAK Study Blog. laman Berita ISSWAK dilancarkan untuk menyimpan dan menyebarkan semua berita dan isu yang ditulis para pentadbir ISSWAK, Niaga ISSWAK ditubuhkan untuk membantu penjual atau peniaga bumiputera untuk berniaga produk mereka secara atas talian dan ISSWAK Study Blog dilancarkan untuk membantu para pelajar khasnya Pelajar yang melanjutkan pengajian tingkatan 6 untuk menyimpan semua bahan pembelajaran di laman tersebut untuk memudahkan pelajar belajar pada saat akhir sebelum menduduki peperiksaan. Semua orang boleh melayari laman web tersebut di http://isswak.weebly.com dan http://isswakstudy.weebly.com Pengasas Isu Semasa Sarawak akan sedaya upaya menjadikan Blog Isu Semasa Sarawak sebagai salah satu blog yang dipercayai oleh semua masyarakat di Sarawak. |